Aku bersama logo ni hampir 9 tahun. Bermula 2004 hingga 2013.
Tahun 2004 sampai 2007 aku ambil Diploma Electrical Engineering (Diploma) di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Kuantan. Masa tu, keputusan SPM tak brape bagus. Minta masuk Universiti sume tak terima. Ada la beberapa kolej antara surat tuk daftar di Kolej mereka, tapi mungkin sebab jarang dengar, so tak terima tawaran tu.
Sebelum tu, aku ada apply di Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin(KUSZA). Dah dapat pun. Bidang Pendidikan Islam dan Teknologi Maklumat. Walaupun tak tahu ke mana hala tuju aku lepas tu, aku hantar buat persiapan ke sana sebab terdesak nak sambung blaja dan sekurang-kurangnya ada pendidikan Islam kat situ (konon subjek yang paling minat time tu).
Satu hari pergi keluar jalan-jalan ngan kawan kat sekitar SOGO, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Pejabat MARA di KL, aku dapat 1 flyer nie. Dalam tu ditulis bidang-bidang yang ditawarkan di sebuah Kolej bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu KPTM. Antara bidang yang ada adalah Kejuruteraan Elektrik (Elektonik) yang mana pengajian ini adalah usahasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Disebabkan masa tu, asal ada je perkataan yang menggambarkan berkait dengan universiti awam tempatan mahupun luar negara, maka ia akan menjadi pilihan utama (sebab malu ngan kawan-kawan yang dapat tawaran universiti).Aku pun batalkan niat ke KUSZA dan membuat permohonan ke KPTM. Masa call no. yang diberikan dalam flyers tu dia kata boleh terus datang je daftar hari pendaftaran pertama di KPTM.
So, bermulalah kisah aku sebagai Warga UiTM.
Tahun 2007 pula, aku sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi MARA, (UiTM) Shah Alam. Perghh.. tempat idaman tuk sambung blaja sejak dibangku diploma lagi. Akhirnya tercapai juga. Aku graduate tahun 2012 dari UiTM. Lama juga jadi Warga UiTM ni. Tu la, dulu nak masuk sangat kan. Bila dh lama kat sana nak komen pla.
Tahun 2013, aku jadi Research Officer (RO) di UiTM. Aku wat research bawah senior aku masa kat Kelab Electrical Engineering Assosiation (ELETA). Senior aku tu dah jadi lecturer. So, dia minta aku bantu dia. Aku dengan semangat Warga UiTM menerima tawaran tu. Ada juga dia minta aku sambung MASTER pla, tapi aku tak rasa sesuai lagi masa tu.
Dalam tahun yang sama, aku pun pernah jadi Pensyarah Part Time. Aku ajar student Ijazah Sarjana Muda Mekanikal. Subjek yang diajar bukan subjek mekanikal k, klu x memang tak grade budak-budak yang amik tu. Aku ajar ECE 590. Subjek tu ada Digital, Electronic dan Mikro-P. Aku diminta ajar Electronic sahaja untuk 2 kelas. Satu kelas berkapasiti lebih kurang 60 student.
Bile di imbau balik semua ni, aku rasa cukup sempurna kitaran hidap aku sebagai Warga UiTM. Aku pernah menimba ilmu dan kembali berbakti dengan ilmu yang diperoleh di UiTM.
TERIMA KASIH UiTM..
Aku bangga menjadi WARGA UiTM. (Tapi kebanggaan ni tidak setanding dengan menjadi Umat Islam dan Umat Muhammad)
No comments:
Post a Comment